• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

01 April 2026 | 03:06 PM

KPM Sahkan Data SPM 2025 Ikut Kaum Tular Adalah PALSU

DENGKIL - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa kenyataan media yang tular berhubung peratusan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mengikut kaum adalah tidak benar sama sekali.
 
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata KPM tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian, malah maklumat tersebut juga tidak dibentangkan semasa pengumuman rasmi keputusan SPM semalam.
 
Beliau menegaskan bahawa dakwaan yang tersebar itu adalah “101 peratus tidak betul” dan tidak boleh dipercayai.
 
Menurut beliau, pelaksanaan peperiksaan SPM serta pengumuman keputusan dilakukan secara profesional dengan mematuhi piawaian dan standard ketat, tanpa sebarang kompromi.
 
“Keputusan diumumkan secara serentak pada jam 10 pagi di seluruh negara bagi memastikan ketelusan,” katanya ketika ditemui semasa lawatan kerja ke Projek Bangunan Gantian di SJKT Dengkil hari ini.
 
Dalam pada itu, Wong turut menegaskan bahawa pengumuman keputusan SPM dibuat secara seragam di seluruh negara, sekali gus menjamin integriti sistem peperiksaan nasional.
 
Terdahulu, tular satu kenyataan media berlogo KPM di media sosial yang memaparkan analisis kononnya pencapaian calon SPM 2025 mengikut kaum, termasuk dakwaan tertentu yang mengelirukan.
 
Sumber: BERNAMA
 
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok