KUALA LUMPUR - Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengaktifkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi pekebun kecil di Sabah dan Sarawak untuk pengeluaran bulan Mac 2026.
Keputusan ini susulan harga purata ladang getah sekerap di kedua-dua negeri berada di bawah paras ambang RM3.00 sekilogram.
Menurut kenyataan rasmi LGM, harga purata ladang getah sekerap bagi bulan Mac 2026 dicatatkan pada RM2.95 sekilogram di Sabah dan RM2.85 sekilogram di Sarawak, manakala di Semenanjung,harga purata lebih tinggi iaitu RM3.30 sekilogram, menjadikan IPG tidak diaktifkan di wilayah tersebut.
Bagi getah sekerap, kadar IPG ditetapkan seperti berikut:
- Sabah: 5 sen sekilogram bagi kandungan getah kering (KGK) 50% dan 10 sen sekilogram bagi KGK 100%.
- Sarawak: 15 sen sekilogram bagi KGK 50% dan 30 sen sekilogram bagi KGK 100%.
Bagi lateks dengan KGK 100%, kadar IPG ditetapkan pada 90 sen sekilogram, dan akan diaktifkan serentak dengan insentif getah sekerap.
LGM memaklumkan bahawa pekebun kecil yang layak di Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran IPG bagi tempoh 1 hingga 30 April 2026, berdasarkan pengeluaran getah bagi bulan Mac 2026.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back