• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

31 March 2026 | 08:53 AM

Kesan Ketegangan Asia Barat: KKR Pantau Kos Bahan Binaan & Rantaian Bekalan

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang menjalankan penilaian menyeluruh bagi mengenal pasti mekanisme mitigasi terhadap kenaikan kos pembinaan yang berpunca daripada ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menjelaskan penilaian ini melibatkan kerjasama agensi berkaitan dan pihak industri, merangkumi pelaksanaan projek, struktur kos serta daya tahan rantaian bekalan sektor pembinaan.

Beliau menegaskan bahawa penutupan Selat Hormuz memberi kesan langsung terhadap kestabilan rantaian bekalan tenaga global, sekaligus menekan harga bahan binaan dan kos logistik tempatan.

“Kenaikan kos ini perlu ditangani secara strategik dan bersasar, memandangkan sektor pembinaan sangat bergantung kepada harga bahan api dan pasaran antarabangsa,” kata Nanta dalam hantaran di Facebooknya.

Dalam usaha mengurus impak berkenaan, CIDB diperkuat peranan sebagai penyelaras industri, merangka cadangan dasar serta langkah intervensi pragmatik bagi memastikan kesinambungan projek pembangunan negara dan kestabilan sektor pembinaan.

Kerajaan menegaskan komitmen untuk mengadaptasi pendekatan responsif dan berorientasikan kelestarian jangka panjang bagi mengekalkan daya tahan industri pembinaan meskipun berdepan cabaran global.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok