• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 March 2026 | 12:58 PM

Padam Lampu, Nyalakan Kesedaran - MBKS Sokong Sambutan Earth Hour 2026

Kuching – Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) memanfaatkan platform Sambutan Earth Hour, bagi memperkukuh kesedaran terhadap kelestarian, di samping menggalakkan amalan penjimatan tenaga serta pemeliharaan alam sekitar.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, inisiatif global itu menjadi medium penting dalam mendorong penglibatan masyarakat secara kolektif, ke arah gaya hidup yang lebih lestari.

Menurut beliau, Sambutan Earth Hour bukan sekadar simbolik memadamkan lampu, sebaliknya berperanan membentuk kesedaran serta mendorong perubahan sikap dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, MBKS akan memadamkan lampu di pejabat majlis, kemudahan awam serta beberapa lokasi tumpuan selama satu jam, bermula dari jam 8.30 hingga 9.30 malam pada hari sambutan.

Pada masa sama, penyertaan turut melibatkan sektor perhotelan, pusat beli-belah, institusi pendidikan dan organisasi korporat.

Beliau menyifatkan penyertaan tersebut sebagai cerminan sokongan menyeluruh terhadap agenda kelestarian.

Beliau berkata demikian pada sidang media Sambutan Earth Hour 2026 di MBKS, Kuching, hari ini.

Untuk rekod, Majlis Daerah Sri Aman bertindak sebagai hos rasmi Sambutan Earth Hour 2026 peringkat Sarawak, tahun ini.

Sumber & Foto: UKAS

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok