• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 March 2026 | 11:00 AM

Petronas Dapat Kebenaran Cabar Undang-Undang Minyak & Gas Sarawak di Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan pada Isnin (16 Mac) membenarkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memulakan prosiding untuk mencabar kesahihan beberapa ordinan berkaitan minyak dan gas yang digubal di Sarawak, menandakan babak baru dalam pertikaian undang-undang antara syarikat negara dan kerajaan negeri.

Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah, berkata Petronas telah melepasi ambang peruntukan untuk memulakan prosiding, dan kes ini akan dibicarakan dalam bidang kuasa asal Mahkamah Persekutuan.

"Terdapat isu yang jelas boleh dipertikaikan, dan permohonan ini bukan sesuatu yang remeh atau penyalahgunaan proses mahkamah," ujarnya.

Pemohon diberikan tempoh 21 hari untuk memulakan prosiding.

Petronas memfailkan petisyen terhadap Kerajaan Negeri Sarawak pada Januari lepas, mencabar bidang kuasa legislatif Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk menggubal beberapa undang-undang termasuk Seksyen 7, 7A & 8 Ordinan Pengagihan Gas Sarawak 2016; Seksyen 3 Ordinan Tafsiran Sarawak 2005; Seksyen 2 Ordinan Perlombongan Minyak 1958; Seksyen 2 Kod Tanah Sarawak 1958 dan Seksyen 2 Ordinan Taman Negara & Rizab Alam Semula Jadi Sarawak 1998.

Petronas mendakwa DUN Sarawak tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang yang berada di bawah Senarai Persekutuan (Senarai 1), Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, termasuk undang-undang yang memberi kesan kepada kitar hayat petroleum dan perjanjian antarabangsa.

Dalam prosiding semalam, peguam Petronas, Datuk Dr Cyrus Das dan Khoo Guan Huat, menegaskan bahawa kuasa legislatif negeri terhad kepada pengagihan gas domestik dan tidak merangkumi aspek lain kitar hayat petroleum.

Sebaliknya, Peguam Besar Sarawak, Datuk Seri Saferi Ali, dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Seri J.C. Fong, menegaskan permohonan Petronas gagal membuktikan isu yang boleh dipertikaikan.

Kerajaan Persekutuan, diwakili Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi, tidak membantah permohonan tersebut dan mengesahkan wujud isu yang memerlukan pendengaran lanjut.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok