• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 March 2026 | 01:41 PM

Jambatan Batang Igan Dibuka! Penantian Penduduk Berakhir, Perjalanan Kini Hanya Beberapa Minit

MUKAH - Penantian sekian lama akhirnya menjadi kenyataan apabila Timbalan Premier Sarawak Douglas Uggah Embas menyempurnakan Majlis Pra Pembukaan Jambatan Batang Igan hari ini, 16 Mac 2026.

Jambatan sepanjang 1,439.40 meter itu merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Jalan Pesisir Sarawak Pakej D5 yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak di bawah Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.

Dibina mengikut piawaian JKR R5, jambatan dua lorong ini menggunakan sistem Prestressed Post-Tensioned T-Beam serta Balanced Cantilever, selain turut melibatkan pembinaan jalan pendekatan dua lorong di kedua-dua belah jambatan dan kerja menaik taraf laluan sedia ada bagi meningkatkan keselamatan serta keselesaan pengguna.

Dengan siapnya projek ini, Jambatan Batang Igan menjadi jambatan kesembilan yang siap dibina di Sarawak, menyusuli beberapa projek penting lain termasuk Jambatan Marudi, Jambatan Muara Lassa, Jambatan Tun Taib Mahmud, Jambatan Batang Rajang, Jambatan Batang Saribas, Jambatan Datuk Amar Juma’ani, Jambatan Sebauh dan Jambatan Lingga.

Sebelum ini, penduduk perlu mengambil masa kira-kira 30 minit menggunakan feri untuk menyeberangi sungai, namun dengan adanya jambatan ini, perjalanan kini hanya mengambil beberapa minit sahaja.

Majlis pra pembukaan ini sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha kerajaan Sarawak memperkukuh rangkaian infrastruktur negeri melalui pembangunan Jalan Pesisir Sarawak, yang memberi manfaat besar kepada rakyat terutama di kawasan pesisir.

Sumber: fb Jabatan Kerja Raya Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok