• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 March 2026 | 08:15 AM

Konflik Asia Barat Memuncak! Dron, Peluru Berpandu & Krisis Kemanusiaan Meningkat

KUALA LUMPUR - Ketegangan di Asia Barat semakin memuncak dengan serangan dron, peluru berpandu dan operasi ketenteraan, mencetuskan kebimbangan diplomatik, kemanusiaan dan keselamatan antarabangsa.

Arab Saudi memaklumkan sistem pertahanan udaranya memintas 29 dron, manakala Kuwait menembak jatuh lima UAV.

Sementara itu, serangan Israel terhadap selatan Lubnan telah meragut 826 nyawa sejak 2 Mac, termasuk 106 kanak-kanak dan 65 wanita, dengan lebih 800,000 orang hilang tempat tinggal.

UNIFIL menggesa semua pihak meredakan ketegangan di selatan Lubnan, manakala Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres memberi amaran kawasan itu berisiko menjadi “tanah gersang” jika serangan berterusan. Rayuan kemanusiaan bernilai US$308 juta dilancarkan untuk mangsa konflik.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat-Israel mendakwa operasi ketenteraan bersama terhadap Iran telah melemahkan keupayaan peluru berpandu, tentera laut dan dron Tehran.

Iran membalas dengan serangan ke atas Israel dan negara yang menempatkan aset ketenteraan AS, manakala Selat Hormuz ditutup sejak 1 Mac, menjejaskan eksport minyak global.

Beberapa negara pula mengekalkan pendirian neutral; Perancis menolak menghantar kapal pengangkut pesawat ke Selat Hormuz, manakala Switzerland menolak permintaan lintas terbang pesawat ketenteraan AS. Filipina membawa pulang 342 rakyatnya dari Arab Saudi dan Bahrain.

Konflik turut menjejaskan sukan antarabangsa: Formula 1 membatalkan Grand Prix Bahrain dan Arab Saudi, manakala MotoGP menangguhkan GP Qatar ke 8 November 2026, dengan GP Portugal dan Valencia turut dianjakkan.

Ketegangan berterusan ini menimbulkan krisis keselamatan, ekonomi dan kemanusiaan global, di tengah risiko konflik meluas dan gangguan pasaran tenaga dunia.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok