• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 March 2026 | 07:00 PM

Kerajaan Umum Cuti Tambahan Aidilfitri, SHMMP 15 Hari Untuk Kawal Harga Barangan

KOTA KINABALU - Kerajaan hari ini mengumumkan cuti tambahan sempena Aidilfitri bagi menghargai usaha rakyat sepanjang Ramadan, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Tarikh cuti tambahan bergantung pada pengisytiharan 1 Syawal: jika Hari Raya jatuh pada Jumaat, 20 Mac, cuti adalah pada Isnin, 23 Mac; jika jatuh pada Sabtu, 21 Mac, cuti diberikan pada Jumaat, 20 Mac.

Dalam masa sama, kerajaan melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya 2026 selama 15 hari, bermula 14 Mac, bagi memastikan harga barangan keperluan utama kekal stabil.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyenaraikan 24 barangan di Semenanjung, 23 di Sabah dan Sarawak, serta 22 di Labuan sebagai barangan kawalan.

Perdana Menteri turut menekankan rakyat perlu bersikap bijak menggunakan alternatif sementara, contohnya cili kering, susulan gangguan bekalan dari Thailand.

Beliau menyeru semua pihak merancang perjalanan dan menyambut Aidilfitri dengan selesa, selari dengan komitmen kerajaan menghargai sumbangan rakyat sepanjang Ramadan.

Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok