PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan setiap aduan berkaitan harga, bekalan, dan penyelewengan barangan kawalan termasuk RON95 akan disiasat dalam tempoh 24 jam, memastikan pengguna tidak tertindas akibat penyalahgunaan subsidi.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, berkata komitmen itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian menangani isu secara pantas dan berkesan.
Justeru, orang ramai digesa menyalurkan maklumat tepat termasuk lokasi dan bentuk kesalahan, bagi mempercepat proses siasatan, dengan jaminan kerahsiaan bagi pengadu.
Azman turut menasihatkan supaya tidak menularkan kes di media sosial sebelum membuat laporan rasmi, kerana tindakan terburu-buru boleh menjejaskan siasatan seperti pemadaman bukti oleh pihak terlibat.
Pengadu boleh menyalurkan maklumat melalui WhatsApp (019-8488000), portal e-Aduan KPDN, hotline 1-800-886-800, atau aplikasi Ez ADU KPDN. Kerjasama orang ramai dianggap kritikal bagi memastikan subsidi dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back