KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia menahan 9,497 warga asing atas pelbagai kesalahan menerusi 2,618 operasi penguatkuasaan dari 1 Jan hingga 9 Mac 2026.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata 1,158 individu ditahan kerana melanggar syarat pas, termasuk menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk bekerja tanpa kebenaran.
Bangladesh mencatat jumlah tertinggi dengan 532 tangkapan, diikuti Thailand (248), Indonesia (111), China (86) dan Pakistan (51). Sebahagian mereka juga disyaki mengurus premis perniagaan tanpa kebenaran sah.
Zakaria menegaskan: “Tiada kompromi diberikan terhadap mana-mana warga asing yang menyalahgunakan kemudahan imigresen negara. Tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan.”
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back