KUALA LUMPUR - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) membuka sesi Lawatan Khas Keluarga sempena Hari Raya Aidilfitri bagi klien yang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI).
Inisiatif ini dijalankan di semua PUSPEN seluruh negara bermula 29 Mac hingga 3 April, bertujuan memperkukuh ikatan kekeluargaan dan memberi sokongan moral kepada klien, selain membolehkan keluarga menyaksikan kemajuan positif mereka.
AADK menasihatkan keluarga atau penjaga untuk menghubungi Pegawai Pemulihan PUSPEN masing-masing melalui telefon, WhatsApp, surat atau emel bagi tujuan penyelarasan lawatan.
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Hotline AADK 1-800-22-2235 atau WhatsApp di 019-626 2233.
“Inisiatif ini bukan sahaja memperkuatkan sokongan keluarga, malah menjadi pendekatan terapeutik dalam menyokong kepulihan klien,” menurut kenyataan AADK.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back