• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 March 2026 | 03:26 PM

Baik Pulih Baraj Sungai Sarawak Dipercepat, Usaha Tangani Banjir Kuching Diperkukuh

PUTRAJAYA - Usaha menangani banjir di Sarawak diperkasa apabila kerajaan memberi tumpuan segera kepada baik pulih Baraj Sungai Sarawak, memastikan sistem tebatan banjir di Kuching dan kawasan sekitarnya berfungsi secara optimum.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengakui, keuzuran struktur baraj dan masalah kumbahan memerlukan tindakan segera.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi Kementerian Pengangkutan Sarawak (MoTS) dan Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) yang diketuai Menteri MoTS Dato Sri Lee Kim Shin, pada Rabu 11 Mac.

Kerajaan turut menekankan kepentingan peningkatan sistem pemantauan banjir, kerjasama erat antara Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (DID) dan DID Sarawak, serta cadangan perolehan bot pengutip sampah bagi memastikan kebersihan dan kelestarian sungai, termasuk Sungai Sarawak dan Sungai Miri.

Selain itu, isu kumbahan menjejaskan nelayan Kampung Batu Satu turut dibangkitkan, dengan kerajaan bersetuju memperuntukkan dana tambahan bagi memastikan kelangsungan aktiviti perikanan dan persekitaran pantai lebih terjaga.

“Kami menghargai sokongan Timbalan Perdana Menteri dalam menangani isu ini. Penyelesaian yang dicadangkan akan memberi manfaat langsung kepada nelayan serta menambah baik persekitaran kawasan pantai,” kata Lee Kim Shin.

Sumber: fb Jiwa Bakti 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok