• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 March 2026 | 03:15 PM

BCCK 2 Bakal Siap 2028, Mampu Tampung 9,500 Delegasi Sekali Gus Lonjak Industri Acara Sarawak

KUCHING – Sarawak bakal mengukuhkan kedudukannya sebagai hab konvensyen antarabangsa apabila projek Pusat Konvensyen Borneo Kuching 2 (BCCK 2) yang kini dalam pembinaan dijangka siap sepenuhnya menjelang Mac 2028.

Timbalan Premier Sarawak Douglas Uggah Embas berkata kemudahan baharu itu dijangka mampu menampung sehingga 9,500 delegasi pada satu-satu masa, sekali gus meningkatkan kapasiti negeri untuk menganjurkan persidangan, pameran serta acara perniagaan berskala besar.

Menurut beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, pembangunan BCCK 2 merupakan inisiatif strategik kerajaan negeri bagi memperluas keupayaan Sarawak dalam menarik lebih banyak acara dan konvensyen antarabangsa.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek tersebut di Kuching, Rabu.

Uggah menjelaskan, kemudahan baharu itu juga akan melengkapkan fungsi pusat konvensyen sedia ada, sekali gus menyokong pertumbuhan pesat industri acara dan pelancongan perniagaan di Sarawak.

Dalam lawatan tersebut, pihak kontraktor turut memberi taklimat mengenai perolehan bahan binaan dan sumber bekalan projek, termasuk bahan yang diperoleh dari China. Langkah itu penting bagi memastikan sebarang ketidaktentuan geopolitik global, termasuk konflik di Timur Tengah, tidak menjejaskan jadual pelaksanaan projek.

Beliau turut menyatakan kepuasan terhadap perkembangan pembinaan projek itu yang menunjukkan kemajuan memberangsangkan. Malah, kemajuan semasa menunjukkan projek berkenaan berada di hadapan jadual dan berpotensi disiapkan lebih awal daripada tarikh ditetapkan.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Aidel Lariwoo, Setiausaha Tetap kementerian Chiew Chee Yau, serta Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Teknikal) Jabatan Kerja Raya Sarawak, Meehan Jorai.

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok