Kuching – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bakal menjadi tuan rumah bagi penganjuran Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2026.
Ia merupakan julung kalinya JKR Sarawak dipilih memikul tanggungjawab tersebut.
JKR Sarawak dalam kenyataannya berkata, pemilihan itu sekali gus mencerminkan pengiktirafan terhadap keupayaan jabatan, dalam memperkukuh peranan serta kepentingan profesion teknikal di peringkat nasional.
Terdahulu, Pengarah Kerja Raya Sarawak, Datu Cassidy Morris bersama delegasi JKR Sarawak telah menghadiri sesi libat urus persediaan HPTN, di menara kerja raya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sesi tersebut bertujuan membincangkan perancangan serta penyelarasan awal bagi memastikan kelancaran penganjuran program berkenaan.
Dalam sesi itu, Datu Cassidy turut membentangkan perancangan serta persediaan yang telah dilaksanakan oleh JKR Sarawak bagi memastikan penganjuran HPTN 2026 berjalan lancar dan memberi impak positif kepada pembangunan serta pemerkasaan profesion teknikal di negara ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back