Limbang – Projek pembinaan GIATMARA Limbang kini berada di fasa akhir dengan kemajuan fizikal mencapai 96.14 peratus.
Projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) itu merupakan antara inisiatif penting dalam memperkukuh pembangunan modal insan di Bahagian Limbang.
JKR Sarawak dalam satu kenyataan berkata, apabila siap kelak, fasiliti tersebut dijangka memperkasakan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di utara Sarawak.
Ia sekali gus menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada golongan belia tempatan.
Kemudahan itu juga akan menjadi platform penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing, selaras dengan keperluan pembangunan negeri.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back