• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 March 2026 | 08:45 AM

Cadangan Baharu KWSP: Akaun 2 Boleh Dikeluarkan Untuk Kesihatan, i-Lindung Kini Dalam Penilaian!

KUALA LUMPUR - Berita yang bakal menarik perhatian pencarum KWSP! Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan cadangan membolehkan pengeluaran daripada Akaun Sejahtera (Akaun 2) melalui platform i-Lindung kini sedang diteliti. Namun, ia sukarela dan hanya untuk tujuan kesihatan serta perlindungan tertentu.

MOF menekankan bahawa Akaun Persaraan (Akaun 1) tetap selamat, manakala simpanan Akaun Sejahtera sedia ada memang diperuntukkan untuk keperluan seperti perubatan, pendidikan, dan perumahan – tetapi tertakluk pada syarat tertentu.

Cadangan ini timbul susulan soalan Senator Datuk Rosni Sohar tentang keberkesanan pelan asas MHIT dalam memperluas perlindungan rakyat dan implikasi terhadap keselamatan dana persaraan.

Kini, KWSP sedang menambahbaik fasiliti i-Lindung untuk merangkumi produk asas MHIT baharu. Fasiliti Perlindungan Ahli (FPA) sudah tersedia bagi perlindungan hayat dan penyakit kritikal, memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan perlindungan lebih menyeluruh.

MOF menegaskan kerajaan akan melaksanakan pembaharuan ini secara berfasa bagi memastikan rakyat terus mendapat perlindungan kesihatan kukuh dan mampan, selari dengan strategi RESET yang diumumkan 22 Januari 2026.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok