Kota Samarahan – Lebih 1,000 golongan asnaf dikenal pasti menerima bantuan menerusi pelaksanaan Program Ziarah Ramadan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan pada tahun ini.
ADUN Stakan, Datuk Hamzah Brahim berkata, jumlah tersebut dikenal pasti melalui kerjasama pengurusan pusat khidmat serta pemimpin di peringkat akar umbi.
Menurutnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.
Peningkatan tersebut menggambarkan usaha menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan pada tahun ini lebih menyeluruh, yang turut melibatkan saudara baharu.
Sementara itu, daripada jumlah tersebut, seramai 66 orang asnaf menerima sumbangan keseluruhan berjumlah RM2,000 malam tadi bersempena program tersebut.
Penyampaian sumbangan melibatkan golongan asnaf dari tiga kawasan iaitu Taman Uni Garden, Kampung Merdang Gayam dan Kampung Merdang Lumut di Kota Samarahan.
Sumbangan kepada para penerima telah disempurnakan sendiri oleh Datuk Hamzah di Masjid Al-Malik, Kota Samarahan.
Penyampaian di masjid berkenaan merupakan lokasi terakhir bagi jelajah program tersebut ke semua masjid di kawasan DUN Stakan yang bermula sejak 2 Mac lalu.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back