• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 March 2026 | 10:00 AM

Penambahan 17 Kerusi DUN Sarawak Disasarkan Dibentangkan di Parlimen Julai Ini – Fadillah

KUCHING - Cadangan menambah 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, menjadikan jumlah keseluruhan 99 kerusi, disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau menjelaskan bahawa perbincangan mengenai perkara ini masih berlangsung di peringkat Kerajaan Persekutuan sebelum dibawa untuk pertimbangan dan kelulusan di Parlimen.

“Sekarang ini kita hanya berbincang di peringkat Persekutuan dan kita sasarkan supaya cadangan penambahan kerusi DUN Sarawak itu dapat dibentangkan pada sesi Parlimen Julai nanti,” katanya selepas menghadiri Majlis Iftar Jamaie NEXGEN P194 Petra Jaya 2026 di Masjid Al-Ghazali, di sini malam tadi 8 Mac.

Cadangan ini mengikuti kelulusan Rang Undang-Undang Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 pada 7 Julai 2025, selaras dengan pertambahan penduduk, kawasan pentadbiran, dan keperluan representasi rakyat.

Langkah ini dijangka memberi impak besar kepada keberkesanan wakil rakyat dalam menyampaikan suara komuniti yang semakin pelbagai di seluruh Sarawak.

Dalam majlis sama, Fadillah turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz dan penghuni Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, sebagai tanda sokongan terhadap pendidikan dan kebajikan masyarakat.

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak  

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok