• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 March 2026 | 09:45 AM

Keputusan SPM 2025 Akan Diumumkan 31 Mac – Lebih 400,000 Calon Bersiap Sedia

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026 (Selasa). Seramai 413,299 calon menduduki peperiksaan tersebut di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.

Menurut KPM, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mulai jam 10 pagi pada tarikh tersebut melalui sekolah masing-masing. Bagi calon persendirian, keputusan boleh diperoleh dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar.

Selain itu, calon juga boleh membuat semakan secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my mulai jam 10 pagi pada 31 Mac 2026 sehingga 6 petang, 6 April 2026. Semakan ringkasan keputusan juga boleh dilakukan melalui sistem SMS dengan menaip SPM <jarak> NoKP <jarak> AngkaGiliran dan menghantar ke 15888.

KPM menekankan bahawa pihak sekolah hendaklah memastikan proses penyerahan keputusan dijalankan secara teratur dan cekap bagi memastikan kelancaran dan keselamatan calon.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2025, dengan harapan pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok