Kuching – Mengharungi beberapa perlawanan di tempat lawan dalam bulan Ramadan bukan sesuatu yang mudah buat pasukan Kuching City FC (KCFC).
Ketua Jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata, keadaan itu lebih mencabar apabila pemain perlu menyesuaikan diri dengan jadual perjalanan yang panjang serta rehat yang terhad.
Ditambah pula apabila beraksi pada bulan Ramadan, katanya tidak banyak aktiviti dilakukan sepanjang bulan ini.
Namun pasukan tetap menjalani sedikit sesi latihan bagi memastikan tahap kecergasan pemain kekal berada pada tahap terbaik.
Berikutan itu, beliau terpaksa membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama dengan mengurangkan pemain Muslim kerana mempengaruhi tahap tenaga mereka di atas padang.
Walaupun berdepan cabaran tersebut, beliau puji para pemain tetap menunjukkan sikap profesional sepanjang perlawanan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan Liga Super antara KCFC menentang Sabah FC di Stadium Negeri, Kuching, malam semalam.
Mengulas lanjut mengenai perlawanan tersebut, beliau berkata anak buahnya berjaya mengikuti rancangan permainan yang telah ditetapkan dan hasilnya berjaya meraih tiga mata.
Pasukan berjaya mengawal permainan dengan baik, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki, terutamanya dalam menukar peluang yang dicipta kepada gol.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back