• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 March 2026 | 02:57 PM

11,900 Wira Sarawak Terima Pek Raya – Pengorbanan Mereka Diiktiraf Kerajaan

KUCHING: Pengorbanan petugas barisan hadapan Sarawak tetap diiktiraf! Seramai 11,900 anggota badan beruniform dan agensi penguatkuasaan menerima Pek Makanan Sumbangsih Raya 2026 sebagai tanda penghargaan Kerajaan Sarawak atas dedikasi mereka yang terus bertugas walaupun berjauhan dari keluarga ketika musim perayaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata program ini adalah manifestasi penghargaan kerajaan terhadap anggota keselamatan dan penguatkuasa yang memastikan kedaulatan, keselamatan, serta keamanan negeri sentiasa terpelihara.

“Pek sumbangan tahun ini turut mengambil kira cadangan wakil agensi, termasuk menyediakan makanan sedia dimakan bagi memudahkan petugas semasa bertugas,” jelas beliau. Antara enam jenis produk yang disediakan ialah mi kolok segera, kerepek, kacang, minuman kopi dan teh tiga-dalam-satu, serta pek makanan sedia dimakan.

Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini, 6 Mac 2026.

Pek sumbangan diagihkan kepada 11 agensi keselamatan dan penguatkuasaan mengikut kuota yang ditetapkan, antaranya:

  • Angkatan Tentera Malaysia: 4,000 pek

  • Polis Diraja Malaysia: 2,400 pek

  • Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia: 1,550 pek

  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia: 1,050 pek

Manakala Jabatan Kastam, Penjara, Imigresen, Pengangkutan Jalan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, dan Unit Keselamatan Sarawak turut menerima sumbangan mengikut keperluan masing-masing.

Dato Sri Fatimah menegaskan, “Walaupun terpaksa berjauhan daripada keluarga tercinta, pengorbanan petugas ini adalah demi negara yang tercinta, berdaulat dan merdeka. Kasih dan penghargaan Kerajaan Sarawak untuk mereka tidak akan dilupakan.”

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok