• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 March 2026 | 02:43 PM

Rezeki Raya Rakyat Sarawak! Bantuan SKAS Masuk Sebelum Aidilfitri

KUCHING - Berita baik menjelang Aidilfitri apabila Kerajaan Sarawak mengumumkan bayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dikreditkan kepada penerima yang layak sebelum sambutan perayaan.

Pengumuman itu memberi kelegaan kepada ramai rakyat Sarawak yang kini boleh membuat persiapan Hari Raya lebih awal dengan bantuan tersebut.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penyaluran bantuan itu akan dilancarkan dalam bulan Ramadan dan penerima boleh membuat semakan melalui aplikasi SarawakPay bagi mengetahui sama ada sumbangan berkenaan telah dikreditkan oleh kerajaan negeri.

Menurut beliau, pelaksanaan SKAS membuktikan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, khususnya dalam membantu mereka mendapatkan barangan keperluan asas harian.

“Usaha ini adalah untuk memastikan dapur rakyat sentiasa ‘berasap’ dan kehidupan mereka lebih terjamin,” katanya ketika berucap pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 di Kompleks Satria Pertiwi di sini, pada Jumaat.

Pada tahun ini, kadar bantuan SKAS turut ditingkatkan sebagai langkah memperkukuh jaringan keselamatan sosial negeri.

Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah kini menerima RM950 setahun berbanding RM800 sebelum ini, dengan setiap pembayaran sebanyak RM316.

Bagi warga emas tanpa pasangan atau anak, bantuan meningkat daripada RM400 kepada RM500 setahun (RM166 setiap pembayaran), manakala individu bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah menerima RM300 setahun, bersamaan RM100 setiap pembayaran.

Langkah ini sekali lagi menunjukkan usaha kerajaan negeri dalam membantu rakyat menghadapi kos sara hidup, khususnya menjelang musim perayaan.

Sumber: Unit Komunikasi Awan Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok