• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 March 2026 | 03:31 PM

Keputusan Tambah 17 Kerusi DUN Sarawak Adalah Ketetapan Sah Dewan, Jangan Dilengah

KUCHING – Keputusan untuk menambah 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibuat secara sah dan wajar dihormati tanpa sebarang penangguhan.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keputusan itu bukan perkara kecil, sebaliknya merupakan ketetapan rasmi yang telah diluluskan oleh DUN Sarawak.

Menurut beliau, setiap keputusan dewan perlu dihormati dan tidak wajar dipertikaikan, selaras dengan amalan sistem ‘Westminster’ yang diguna pakai di negara ini.

Katanya, Parlimen hanya perlu mengendorskan keputusan tersebut sebelum proses seterusnya diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi tujuan persempadanan semula kawasan.

Tegasnya, keputusan berkenaan dibuat mengikut peruntukan kuasa yang sah dan tidak seharusnya dilengahkan sebagai tanda penghormatan terhadap suara rakyat Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.

Azalina sebelum ini menyatakan bahawa cadangan pertambahan kerusi Dewan Rakyat bagi Sarawak dan Sabah memerlukan penelitian menyeluruh, memandangkan kesannya terhadap komposisi kerusi di negeri-negeri lain.

Menurutnya, Mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 pada September tahun lalu telah bersetuju secara prinsip bahawa penambahan kerusi adalah wajar bagi memenuhi tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen untuk Sarawak dan Sabah. 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok