• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 March 2026 | 08:36 AM

Sarawak Kini Hampir 100% Liputan Internet – JENDELA Ubah Digital Negeri

KUALA LUMPUR - Liputan internet di kawasan berpenduduk di Sarawak kini mencecah 98.41 peratus, meningkat daripada 73.67 peratus sebelum pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Beliau memaklumkan sebanyak 910 menara baharu telah siap dibina dan beroperasi, manakala 4,776 stesen pemancar dinaik taraf, 212,542 premis dilengkapi gentian optik, dan 523 lokasi kini menikmati perkhidmatan internet melalui satelit dan Broadband Wireless Access (BWA).

Langkah ini bertujuan memastikan rakyat menikmati akses digital yang lebih meluas dan inklusif.

“Projek JENDELA Fasa 1 dan 2, bersama inisiatif berimpak tinggi di lebuh raya, universiti awam, hospital, kawasan acara, lokasi pelancongan, stadium dan penempatan ketenteraan, terus diperluas bagi meningkatkan kesalinghubungan rangkaian mudah alih,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih Titah Diraja bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Negara pada Selasa, 3 Mac. 

Bagi menangani isu kelajuan dan kualiti perkhidmatan semasa musim perayaan atau acara berskala besar, semua penyedia rangkaian dikehendaki menjalankan perancangan kapasiti awal, termasuk penempatan pasukan teknikal bersiap siaga dan pemantauan masa nyata melalui Pusat Operasi Rangkaian (NOC).

Selain itu, liputan dan kapasiti rangkaian di lokasi pelancongan turut diperkuat menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan penyediaan Cell on Wheels, stesen pangkalan sementara, penambahan antena, pengoptimuman parameter rangkaian, dan peningkatan backhaul gentian optik.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok