• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

02 March 2026 | 02:51 PM

Pelantikan Mufti Baharu Tanda Kesinambungan Kepimpinan Institusi Agama Sarawak

Kuching - Mufti memainkan peranan signifikan sebagai rujukan ummah ke arah kefahaman agama, bukan sekadar mengeluarkan fatwa semata-mata.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, peranan itu penting bagi memastikan keseimbangan antara tuntutan syariah dengan realiti masyarakat yang sentiasa berkembang.

Menurut beliau, amanah yang dipikul merupakan satu tanggungjawab besar.

Ia menuntut kebijaksanaan, ketegasan yang berpaksikan ilmu serta keupayaan memimpin masyarakat dalam menghadapi cabaran semasa yang semakin kompleks.

Sehubungan itu, pelantikan Datuk Khalidi Ibrahim sebagai Mufti baharu bagi menggantikan Datu Kipli Yassin menandakan kesinambungan peranan penting Mufti dalam memimpin hal ehwal kefatwaan, memperkukuh institusi agama serta membimbing masyarakat Islam di Sarawak.

Beliau berharap penyerahan dan penerimaan tugas tersebut menjadi simbol kesinambungan kepimpinan berteraskan ilmu yang sentiasa dipandu oleh hikmah serta tanggungjawab terhadap agama, negeri dan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Tugas Mufti Sarawak di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok