Kangar – Ketua Jurulatih Kuching City FC (KCFC), Aidil Sharin Sahak mengakui pasukannya tidak beraksi seperti kebiasaan pada perlawanan Liga Super menentang Imigresen FC malam tadi.
Menurutnya, situasi itu menyebabkan pasukan gagal mempamerkan corak permainan sebenar pada awal perlawanan.
Bagaimanapun, setelah beberapa perubahan dilakukan, termasuk dengan memasukkan Gebriel Palmero dan Jimmy Raymond, pasukan lebih banyak menggunakan hantaran jauh.
Dari situ permainan pasukan mula menjadi dan berjaya mencipta banyak lebih banyak peluang.
Di samping itu, beliau turut memuji kepimpinan pasukan yang disifatkan berfungsi dengan baik, selain melihat perkembangan positif dalam skuad kendaliannya.
Walaupun berakhir dengan jaringan 1-0, beliau menyifatkan rezeki berpihak kepada KCFC sekali gus mencapai objektif membawa pulang tiga mata penuh.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu, malam tadi.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back