• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 February 2026 | 03:13 PM

Sarawak Perkukuh Tadbir Urus Alam Sekitar dengan Projek Perintis Audit Pematuhan

KUCHING — Sarawak menegaskan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar dengan pelancaran Projek Perintis Audit Pematuhan Alam Sekitar (ECA) bagi Sektor Pertanian, Pengkuarian dan Perlombongan hari ini, menandakan langkah penting ke arah tadbir urus alam sekitar yang lebih berkesan dan bersepadu.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh menekankan bahawa pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bukan sekadar simbolik, tetapi mencerminkan tekad Sarawak dalam memperkukuh akauntabiliti dan pematuhan alam sekitar di seluruh negeri.

Projek ini diterajui oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dengan kerjasama beberapa kementerian berkaitan termasuk Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak (MUDeNR), Kementerian Industri Makanan Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), serta Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty).

Menurutnya, kerjasama tersebut memastikan pelaksanaan projek dilakukan secara tersusun dengan penglibatan industri yang menyeluruh.

Datuk Len menjelaskan bahawa teras projek ialah prinsip kawal selia kendiri, yang menggalakkan industri mengambil tanggungjawab lebih besar terhadap pematuhan alam sekitar.

Projek ini juga menyediakan platform untuk mengintegrasikan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), mempamerkan amalan terbaik, dan membuktikan bahawa pertumbuhan ekonomi boleh selari dengan kelestarian alam sekitar.

Beliau menambah bahawa projek ini selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), yang menekankan kelestarian, pertumbuhan hijau, dan kesejahteraan komuniti sebagai teras pembangunan Sarawak.

Ujarnya, inisiatif itu juga memperkukuh kedudukan negeri sebagai peneraju serantau dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan lestari, menjadikan Sarawak sebagai model negeri hijau, bersih, dan sihat untuk generasi akan datang.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Perintis Audit Pematuhan Alam Sekitar (ECA) di TEGAS Digital Village di Kuching hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #UMobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok