• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 February 2026 | 02:44 PM

Mahkamah Tinggi Sokong Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Terhadap Petros

KUCHING - Mahkamah Tinggi Kuching hari ini menolak permohonan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) untuk mengisytiharkan tuntutan jaminan bank oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.
 
Hakim Datuk Faridz Gohim Abdullah memutuskan bahawa tuntutan jaminan bank berjumlah RM7.95 juta oleh PETRONAS adalah sah serta selaras dengan terma jaminan bank yang bersifat “on-demand” dan tanpa syarat.
 
Mahkamah mendapati PETROS gagal membuktikan bahawa tuntutan tersebut tidak berpatutan atau menyalahi undang-undang.
 
Tegas beliau, isu yang perlu diputuskan dalam prosiding ini hanya terhad kepada kesahan tuntutan jaminan bank seperti dinyatakan dalam Notis Usul (OS) difailkan PETROS.
 
Beliau turut menjelaskan bahawa persoalan berkaitan kesahan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO 2016) berada dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Persekutuan, dan tidak boleh diputuskan dalam prosiding berkenaan.
 
Pertikaian tercetus selepas PETRONAS membuat tuntutan terhadap jaminan bank susulan kegagalan PETROS menjelaskan bayaran bekalan gas pada Ogos 2024.
 
PETROS berhujah bahawa PETRONAS tidak mempunyai lesen sah di bawah DGO 2016, manakala PETRONAS menegaskan operasinya tertakluk kepada PDA 1974 sebagai undang-undang Persekutuan.
 
Mahkamah akhirnya memutuskan tiada unsur ketidakadilan atau salah laku dalam tuntutan tersebut dan menolak permohonan PETROS dengan kos.
 
Dalam prosiding itu, PETROS diwakili Tan Sri Cecil Abraham bersama pasukan peguamnya, manakala PETRONAS diwakili Datuk Dr Cyrus Das dan barisan peguamnya.
 
Penasihat Undang-Undang Negeri Sarawak, Datuk Seri Fong Joo Chung, hadir sebagai pemerhati bagi pihak Kerajaan Sarawak.
 
Sumber: fb Sarawak Update
 
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok