• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 February 2026 | 09:43 AM

Sentuhan Prihatin Hanifah Hajar Taib Warnai Jelajah Iftar Sinar MYDIN 2026

SUBANG JAYA – Kehadiran Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib mencuri tumpuan ketika merasmikan Jelajah Iftar Sinar MYDIN 2026 di MYDIN USJ pada Isnin 23 Februari, sekali gus menyemarakkan semangat Ramadan bersama komuniti setempat.
 
Beliau meluangkan masa menyantuni para penerima sumbangan, beramah mesra dengan pengunjung serta menyampaikan mesej kepentingan kebersamaan dan kesihatan sepanjang Ramadan.
 
Detik penyampaian bantuan MYDIN Prihatin kepada golongan memerlukan turut menjadi momen paling menyentuh hati dalam majlis berkenaan.
 
Program anjuran MYDIN Mohamed Holdings Berhad bersama Sinar Harian itu memperlihatkan komitmen berterusan dalam memperkukuh nilai keprihatinan sosial.
 
Kehadiran Dato Hanifah bukan sekadar merasmikan program, malah memperlihatkan sokongan padu terhadap inisiatif kebajikan yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat.
 
Jelajah ini akan diteruskan ke lapan cawangan MYDIN selama sembilan hari di seluruh negara, dengan pelbagai pengisian bermanfaat termasuk perkongsian ilmu dan ceramah agama dalam suasana harmoni serta penuh keberkatan.
 
Sumber: fb Hanifah Hajar Taib
 
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok