• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

23 February 2026 | 10:25 PM

SARAWAK CABAR AKTA PETROLEUM DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

KUCHING - Kerajaan Sarawak hari ini membuat langkah berani dengan memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan untuk mencabar Akta Pembangunan Petroleum 1974, Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 yang didakwa merampas hak Sarawak ke atas minyak dan gas negeri sendiri.
 
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, hak berdaulat Sarawak termaktub dalam MA63 dan Perlembagaan Persekutuan - bukan milik kerajaan Persekutuan.
 
Tambahan pula, dua akta 1966 hanya diperluas ke Sarawak semasa Darurat 1969, yang telah dibatalkan pada 2011, menimbulkan persoalan sah pemakaiannya selepas Jun 2012.
 
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, Sarawak juga akan membantah permohonan Petronas yang dijadualkan didengar 16 Mac 2026.
 
"Petisyen tersebut difailkan untuk mendapatkan keputusan muktamad Mahkamah Persekutuan demi melindungi hak rakyat Sarawak dan sumber negeri.
 
"Keputusan mahkamah kelak bukan sekadar soal undang-undang - ia bakal menentukan masa depan industri minyak dan gas Sarawak, melindungi kepentingan rakyat dan memberi keyakinan kepada pelabur huluan & hiliran," katanya.
 
Datuk Sharifah menambah Kerajaan Sarawak tetap komited meneruskan rundingan konstruktif dengan Persekutuan demi penyelesaian adil, perpaduan nasional, dan pembangunan sumber negeri yang mampan dan berdaya saing.
 
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 
 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok