KUCHING – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa UNIFOR di Dewan Santapan, Surau Astana Sarawak pada Ahad 22 Februari 2026.
Majlis dihadiri oleh pemimpin agama dan komuniti dari pelbagai latar belakang, termasuk Timbalan Menteri Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta ketua-ketua agama lain.
Suasana iftar dan solat berjemaah menzahirkan perpaduan, hormat-menghormati, dan kepelbagaian budaya Sarawak.
Momen beramah mesra dan gambar kenang-kenangan meneguhkan lagi semangat komuniti, manakala Tun Pehin Sri menzahirkan rasa syukur atas keharmonian majlis.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back