• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

23 February 2026 | 02:55 PM

Orang Ramai Digalak Pakai Pelitup Muka, Cegah Penularan Tibi - Abdul Rahman Junaidi

Kuching – Orang ramai dinasihatkan supaya memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga bagi mencegah penularan penyakit tuberkulosis (Tibi).
 
Langkah itu amat digalakkan khususnya ketika menghadiri acara yang melibatkan orang ramai, termasuk mengunjungi bazar-bazar Ramadan ketika ini.
 
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) berkata, penyakit berkenaan boleh menular melalui udara, terutama dalam keadaan sesak dan kurang pengudaraan.
 
Sehubungan itu, nasihat tersebut diberikan sebagai langkah keselamatan awal bagi mengelakkan penularan dalam kalangan komuniti.
 
Sementara itu, sebagai langkah pencegahan tambahan, pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk memperketat pemantauan aspek kebersihan dan kesihatan di semua bazar Ramadan di sekitar Kuching.
 
Beliau turut menyeru orang ramai agar segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik sekiranya mengalami gejala seperti batuk berpanjangan, demam, susut berat badan atau keletihan melampau.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang media Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak 1447H di Kuching, hari ini.
 
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok