Kuching – Bahagian Sri Aman akan bertindak sebagai tuan rumah Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak 1447H pada tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, majlis berkenaan dijadualkan berlangsung pada 6 Mac depan di Masjid Bandar Sri Aman.
Bertemakan “Ummah Maju Makmur, Insan Berilmu Menjulang Kelestarian Alam”, sambutan tersebut dijangka menghimpunkan kira-kira 1,500 peserta.
Menurut beliau, majlis itu turut dijangka dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan isteri, Premier Sarawak serta dif-dif kenamaan lain.
Selain acara utama, beberapa program pengisian lain turut diatur sebagai acara iringan, antaranya Ziarah Ramadan, Seminar Al-Quran dan Forum Perdana Saudara Kita.
Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung sambutan berkenaan di Kuching, hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back