MIRI - Seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun berjaya menyelamatkan diri selepas kereta Toyota Land Cruiser yang dipandu terbakar 100 peratus di Jambatan Kampung Madinah Suai, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.43 petang.
Anggota Bomba yang tiba bertindak memadam kebakaran dan memastikan keadaan terkawal sebelum balik ke balai.
Punca kebakaran masih disiasat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #UMobile
Back