KUCHING - Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendoakan agar Tahun Kuda membawa khabar gembira serta kesejahteraan kepada rakyat Sarawak.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah isteri beliau, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.
Majlis rumah terbuka yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 2 petang itu menerima kehadiran kira-kira 5,000 pengunjung daripada pelbagai kaum, dan bangsa, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian yang terus kukuh di negeri ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #UMobile
Back