SADONG JAYA – Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika menjala di bawah Jambatan Sungai Buloh hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar jam 12.40 tengah hari.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Faizal Abdilah, 30 tahun.
Menurut saksi, mangsa dipercayai sedang melakukan aktiviti menjala di tebing sungai bersama seorang rakannya.
Semasa kejadian, mangsa dikatakan turun ke dalam air setinggi paras pinggang sebelum dibaham buaya.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan bagi mengesan mangsa.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #UMobile
Back