• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 February 2026 | 06:03 PM

Sarawak Jadi Contoh Keharmonian Kaum

KUCHING – Sarawak terus menjadi contoh terbaik bagaimana rakyat berbilang kaum dapat hidup bersatu dan maju bersama, berbeza dengan banyak tempat lain di Semenanjung Malaysia mahupun di seluruh dunia yang berdepan perpecahan akibat politik dan polarisasi.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata apabila berlaku perpecahan, sesebuah negara tidak dapat bergerak ke hadapan.

Katanya, pada tahun 2026, seluruh negara melihat Sarawak sebagai contoh bagaimana rakyat berbilang kaum dapat hidup bersatu dan maju bersama.

Beliau menegaskan bahawa kekayaan negeri bukan faktor utama kejayaan pembangunan kerana ia tidak akan kekal lama.

Ujarnya, pembinaan bangsa memerlukan nilai dan jati diri sebagai Anak Sarawak.

Datuk Amar Dr Sim berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Menurut beliau, sambutan tersebut bukan sekadar perayaan, tetapi simbol penyatuan dan semangat kebersamaan.

Majlis rumah terbuka itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof dan tetamu kenamaan yang lain.

Sekitar 5,000 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa memeriahkan rumah terbuka Tahun Baru Cina itu tahun ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #UMobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok