• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 February 2026 | 06:01 PM

Sambutan Tahun Baru Cina Cerminkan Keharmonian Rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak terus diraikan dalam suasana meriah dan penuh harmoni tanpa mengira bangsa serta agama, sekali gus mencerminkan keunikan dan semangat perpaduan rakyat di negeri ini.

Menteri Perpaduan, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata, setiap kali musim perayaan, rakyat Sarawak akan menyambutnya bersama-sama merentasi pelbagai etnik.

Menurut beliau, semangat kebersamaan yang ditonjolkan itu selari dengan usaha Kementerian Perpaduan Negara untuk menjadi platform yang menghimpunkan seluruh masyarakat agar dapat berintegrasi dalam suasana penuh muhibah dan saling menghormati.

Datuk Seri Aaron berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat yang menyambut perayaan tersebut dan berharap semangat perpaduan serta keharmonian di Sarawak terus kekal kukuh.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #UMobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok