• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 February 2026 | 01:53 PM

Tragedi Lemas di Sibu Jaya: Komuniti Desak Langkah Keselamatan Segera

SIBU - Penduduk Flat Sibu Jaya mengadakan upacara miring pada Ahad (8 Feb), bagi mengenang tragedi lemas yang meragut nyawa tiga kanak-kanak di kolam kumbahan berhampiran kawasan perumahan padat itu.

Upacara tersebut turut disertai hampir kesemua pengerusi protem Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Flat Sibu Jaya, yang menzahirkan kebimbangan serius terhadap isu keselamatan di kawasan kediaman yang padat dengan penduduk.

Menurut Pengerusi Protem JKKK Blok N, Lorita Sawang, tragedi berkenaan mendedahkan kelemahan dalam pengurusan keselamatan persekitaran, khususnya di kawasan berisiko berhampiran kediaman padat. Beliau menekankan bahawa kegagalan fungsi pagar atau sistem keselamatan lain boleh memberi kesan kepada ratusan penduduk, termasuk kanak-kanak.

Sokongan sama turut diberikan Ketua Flat Blok A, Osman Abdullah, yang berkata kepadatan penduduk menuntut kawalan keselamatan yang lebih kritikal dan berkesan, terutamanya dengan pembangunan projek baharu yang mengubah landskap persekitaran.

Sementara itu, Ketua Flat Blok H, Muhammad Hazim Abdullah, mencadangkan pembinaan tembok konkrit setinggi enam kaki di sekeliling kawasan berisiko sebagai langkah perlindungan fizikal yang lebih berkesan dan sebahagian daripada pelan keselamatan jangka panjang.

Penduduk juga menegaskan kepentingan penyelenggaraan kawasan rekreasi dan penghapusan struktur haram supaya kanak-kanak mempunyai ruang bermain yang selamat dan tidak terdedah kepada risiko.

Mereka berharap pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan segera dan menyeluruh, memastikan keselamatan komuniti Flat Sibu Jaya selaras dengan standard keselamatan kawasan perumahan berpenduduk padat.

Sumber: Utusan Borneo 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok