• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

08 February 2026 | 11:42 PM

Kebakaran di Taman Penrissen, Lima Penghuni Selamat Walaupun Rumah Musnah 60 Peratus

KUCHING - Sebuah kediaman di Taman Penrissen, Batu 12, Jalan Kuching-Serian mengalami kebakaran petang tadi dengan anggaran kemusnahan kira-kira 60 peratus, namun kesemua lima penghuni rumah terbabit dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada jam 3.08 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan, dibantu BBP Kota Sentosa, dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 19 kilometer dari balai.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Ahmad Shah Sa’ad berkata, pasukan tiba pada jam 3.25 petang dan mendapati kebakaran sedang marak di bahagian rumah jenis simen berkenaan.

“Anggota bertindak menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki dengan tiga pancutan air dan berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya dalam tempoh kira-kira lima minit, sekali gus menghalang api daripada merebak ke kediaman berhampiran,” katanya.

Menurut beliau, lima penghuni terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki sempat menyelamatkan diri sebelum api merebak.

Selain rumah berkenaan, sebuah van lama yang tidak lagi digunakan di kawasan kediaman itu turut musnah dalam kebakaran tersebut.

Unit Forensik Kebakaran JBPM kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian serta jumlah kerugian yang dialami mangsa.

Sumber: JBPM Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok