• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

08 February 2026 | 11:25 PM

Curi Siang Hari! Lelaki Tempatan Dicekup Polis di Kampung Pujut, Mesin Bengkel Dirampas

MIRI - Polis Daerah Miri berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes kecurian melibatkan sebuah mesin pemotong besi (angle grinder) dan satu set pistol rivet (rivet gun) di kawasan Kampung Pujut Padang Kerbau, di sini.

Tangkapan dilakukan sekitar jam 11 pagi oleh sepasukan anggota Balai Polis Pusat Miri yang diketuai Ketua Polis Balai Miri, ASP Goldy Anak Jangan, di sebuah rumah di Kampung Pujut Tanjung Batu.

Dalam operasi tersebut, polis turut merampas peralatan yang dipercayai dicuri serta pakaian yang dipakai suspek ketika kejadian sebagai bahan bukti untuk siasatan lanjut.

Suspek kini ditahan di Lokap Balai Polis Pusat Miri dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.

Pihak polis menegaskan komitmen untuk membanteras jenayah di daerah ini dan menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan demi menjaga keselamatan komuniti Miri.

Sumber: fb Polis Daerah Miri 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok