• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

08 February 2026 | 09:52 PM

Dua Remaja Ditahan, 15 Motosikal Disita Dalam Operasi Samseng Jalanan Miri

MIRI - Polis Daerah Miri bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Miri telah mengadakan Operasi Samseng Jalanan di beberapa lokasi strategik sekitar bandar Miri dari 11 malam, 7 Februari hingga 5.30 pagi, 8 Februari 2026.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Abdullah, berkata operasi bersepadu itu melibatkan kawasan Jalan Piasau, Jalan Pujut, Jalan Tanjong, Jalan Miri By Pass dan Marina, bertujuan membanteras aktiviti samseng jalanan serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

“Hasil pemeriksaan terhadap 75 lelaki dan 11 wanita tempatan bersama 72 buah motosikal, pihak trafik mengeluarkan 45 saman manakala JPJ Miri mengeluarkan 33 notis atas pelbagai kesalahan seperti lesen tamat tempoh, tiada nombor pendaftaran, penggunaan plat nombor ‘fancy’, tiada lesen memandu, pengubahsuaian ekzos dan tiada cermin sisi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, dua remaja berusia 17 tahun ditahan dalam operasi tersebut: seorang di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan melakukan aksi wheelie, manakala seorang lagi ditahan di bawah Seksyen 108(3)(f) kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu. Sebanyak 15 motosikal turut disita untuk tindakan lanjut.

ACP Mohd Farhan menasihati semua pengguna jalan raya agar memandu dan menunggang secara berhemah, tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan, tidak mengubah suai struktur asal kenderaan, serta mengelak berkumpul di tepi jalan sehingga menjejaskan ketenteraman awam.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok