SARATOK - Polis Daerah Saratok berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun dalam satu operasi khas Op Tapis di Kampung Bunga Raya, Saratok pada Sabtu 7 Feb, hasil maklumat awam berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah.
Menurut Ketua Polis Saratok, DSP Mathew Manggie, tangkapan dilakukan oleh pasukan Task Force IPD Saratok yang diketuai Sub Inspektor Engelbert selepas menerima aduan mengenai seorang individu mencurigakan di tepi jalan kampung tersebut.
"Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Saratok untuk ujian saringan air kencing dan semakan rekod jenayah.
"Hasil ujian mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, selain mempunyai empat rekod lampau melibatkan satu kes narkotik dan tiga kes jenayah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi tindakan lanjut.
Pihak polis menegaskan operasi berterusan akan diteruskan bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah demi keselamatan dan kesejahteraan komuniti Saratok.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back