SIBU - Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka diadakan selepas sambutan Gawai Dayak dengan parti-parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini mula mempergiat persiapan awal menghadapi pilihan raya berkenaan.
Naib Presiden SUPP merangkap ADUN Pelawan, Datuk Michael Tiang berkata, Konvensyen GPS pada 19 April ini menjadi petanda awal penyelarasan jentera semua parti komponen termasuk PBB, PRS dan PDP bagi menghadapi PRN akan datang.
Menurut beliau, persiapan perlu dilaksanakan secara bersepadu demi memastikan kekuatan gabungan terus kukuh serta tersusun di semua peringkat.
“Sebarang isu dalaman perlu dibincangkan dalam platform GPS dan bukan melalui media bagi menjaga perpaduan gabungan,” katanya ketika ditemui selepas program komuniti di Pasar Sentral Sibu, hari ini (8 Feb).
Dalam perkembangan berkaitan, SUPP kini giat mengenal pasti calon baharu termasuk bagi menghadapi kemungkinan penambahan 17 kerusi DUN Sarawak sekiranya diluluskan Parlimen.
Tiang turut menegaskan pembangunan Sarawak bukan didorong kepentingan politik semata-mata, sebaliknya hasil perancangan jangka panjang kerajaan negeri ke arah mencapai status negeri maju menjelang 2030.
Sumber: The Star
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back