• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 February 2026 | 07:09 PM

Sarawak Sediakan Pendidikan Percuma IPT, Tingkatkan Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi

SARIKEI - Penyediaan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi (IPT) milik Sarawak menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran tinggi bagi menjamin masa depan anak tempatan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, berkata inisiatif ini membuka peluang lebih luas kepada anak Sarawak melanjutkan pelajaran tanpa dibebani kekangan kewangan.

Beliau menekankan bahawa pelaburan besar kerajaan dalam sektor pendidikan merupakan strategi jangka panjang untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memperkukuh daya saing tenaga kerja tempatan.

“Kemudahan ini merupakan pelaburan jangka panjang kerajaan bagi memastikan generasi muda memiliki ilmu, kemahiran dan daya saing yang tinggi, selaras dengan sasaran 30 peratus tenaga kerja berkemahiran menjelang masa depan,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Randau Akademi Dalam Industri (ADI) di Dewan Suarah Sarikei, hari ini.

Datuk Len menambah bahawa keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi semakin mendesak terutama dalam sektor bernilai tinggi seperti tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa, ekonomi digital dan pembuatan berteknologi tinggi.

Program seperti ADI juga berperanan sebagai jambatan antara institusi pendidikan dan industri, membolehkan pelajar memperoleh kemahiran praktikal selaras dengan keperluan pasaran kerja.

“Anak muda yang berilmu, berkemahiran dan berjati diri tinggi akan menjadi pemacu ekonomi serta pemimpin masa hadapan yang mampu membawa Sarawak ke tahap lebih maju,” katanya.

Sumber: TVS

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok