KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menganjurkan konvensyen pertamanya sejak penubuhan gabungan itu pada 2019 pada 19 April ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Setiausaha Agung GPS, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, konvensyen berkenaan akan memberi tumpuan kepada pencapaian Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 serta menghimpunkan wakil daripada keempat-empat parti komponen GPS.
Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS yang dipengerusikan Premier Sarawak merangkap Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg hari ini.
Menurut beliau, satu jawatankuasa induk penganjuran akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dengan presiden parti komponen GPS sebagai timbalan pengerusi.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back