• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 February 2026 | 10:07 AM

Al-Quran & STEM: Sarawak Tekankan Ilmu Sebagai Kunci Kemajuan Negeri

SERIAN – Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-65 bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya menjadi platform penting untuk menghayati kandungan Al-Quran sebagai asas pembinaan ilmu, pembangunan ekonomi dan kemajuan tamadun manusia.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Al-Quran bukan sahaja membentuk akhlak, malah menjadi sumber ilmu untuk memacu pembangunan negeri dan negara.

Beliau menekankan kepentingan meneladani tokoh ilmuwan Islam seperti Ibnu Khaldun, yang mengaitkan pembangunan masyarakat dengan kekuatan ilmu dan keupayaan manusia mengurus perubahan.

“Perubahan memerlukan ilmu dan ilmu itu penting untuk kita membangunkan bumi serta meneroka potensi baharu, termasuk bidang angkasa dan teknologi,” katanya pada Malam Perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran 2026 bertemakan “Ummah Maju Makmur: Insan Berilmu Menjulang Kelestarian Alam” di Serian Conference Centre, Rabu.

Beliau turut menegaskan bahawa pembangunan pendidikan berkualiti dan percuma, termasuk dalam bidang STEM, menjadi keutamaan kerajaan.

Langkah ini diperkukuh melalui kerjasama strategik dengan universiti antarabangsa serta penghantaran pelajar Sarawak untuk meneroka teknologi generasi baharu, selaras dengan komitmen negeri terhadap pembangunan mampan menggunakan tenaga hijau.

Majlis itu juga menyaksikan simbolik perasmian Al-Quran terjemahan bahasa Bidayuh Sadong kepada tiga Ketua Masyarakat dan ketua Kaum di Serian, sebagai langkah memartabatkan ilmu tanpa sempadan dan memupuk perkongsian ilmu dalam kalangan semua komuniti.

Sumber: UKAS 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok