• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 February 2026 | 08:46 AM

Sarawak Hantar Tiga Anak Tempatan Sambung PhD Semikonduktor di UK

KUCHING - Sarawak menghantar tiga pelajar tempatan ke University of Bristol, United Kingdom, untuk melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang semikonduktor, sebagai usaha memperkukuh kepakaran tempatan dalam industri teknologi tinggi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari Tun Openg berkata, kumpulan perintis ini terdiri daripada individu berpengalaman industri atau pemegang ijazah sarjana, yang akan kembali berkhidmat dengan kerajaan bagi menyokong pembangunan industri semikonduktor negeri.

“Ini inisiatif penting kerana kita mahu anak Sarawak bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi turut terlibat dalam pembangunan teknologi generasi baharu, termasuk cip berprestasi tinggi dan compound chip bernilai tinggi,” jelas beliau selepas Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara SMD Semiconductor, Yayasan Sarawak dan University of Bristol di Kuching semalam.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada latihan bakat, penyelidikan R&D semikonduktor, serta pembangunan kepakaran untuk kegunaan sektor tenaga, teknologi maju dan industri berasaskan cip.

Abang Johari menegaskan program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan pesat teknologi semikonduktor.

Inisiatif berprestij ini menunjukkan komitmen Sarawak dalam memperkasakan modal insan tempatan dan meletakkan negeri itu dalam rantaian nilai global industri semikonduktor.

Sumber: fb Sarawakku

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok