KUALA LUMPUR - Penyertaan wanita dalam jawatan pengurusan tertinggi sektor awam terus mencatat peningkatan memberangsangkan apabila mencecah 39.4 peratus setakat Disember 2025, sekali gus mencerminkan kemajuan besar dalam usaha merapatkan jurang jantina negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, semakin ramai wanita kini menerajui jawatan utama termasuk Ketua Hakim Negara, Ketua Audit Negara, Ketua Pengarah Kastam dan Datuk Bandar, yang sebelum ini sinonim dengan kepimpinan lelaki.
Beliau menjelaskan pencapaian itu hasil dasar kerajaan sejak 2004 yang menetapkan sasaran minimum 30 peratus wanita dalam jawatan pembuat keputusan sektor awam, sebelum diperluaskan ke sektor swasta pada 2011.
Datuk Seri Nancy berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat, pada Rabu 5 Februari.
Dalam perkembangan berkaitan, wanita kini memegang 33.1 peratus kerusi Lembaga Pengarah syarikat tersenarai teratas di Bursa Malaysia, meningkat ketara berbanding 14 peratus pada 2015.
Nancy turut memaklumkan kerajaan terus memperkasa kepimpinan wanita melalui program PERANTIS dengan peruntukan RM11.5 juta sepanjang 2025 bagi melahirkan lebih ramai pemimpin wanita berkaliber di peringkat nasional dan komuniti.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back