KUALA LUMPUR - Malaysia kini berdepan kekurangan serius pakar onkologi apabila hanya 184 doktor dalam bidang berkenaan berkhidmat di seluruh negara.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil pendekatan hospital kluster bagi memastikan pesakit terus mendapat akses rawatan kanser walaupun di fasiliti tanpa pakar tetap.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Kanser Sedunia 2026 di Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini semalam.
Katanya, pada masa sama, kanser kekal punca kematian ketiga tertinggi dengan kira-kira 40,000 kes baharu setahun, mendorong KKM memperhebat saringan awal dan melancarkan program Wiran Kanser bagi mendekati komuniti luar bandar dan B40.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back